Biografi Prof. DR. Hassan Yaacob Peneliti Gamat Emas.

Assalammu’alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Allah Subhanahu Wata’ala adalah pencipta seluruh alam semesta dan segala isinya, termasuk manusia. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Allah selalu menciptakan manusia-manusia berpengaruh demi kemajuan peradaban manusia, sejak dulu hingga kini. Salah satunya adalah Prof. Dr. Hassan Yaacob. Siapakah Prof. Dr. Hassan Yaacob dan apa pengaruhnya bagi peradaban manusia di muka bumi? Baca biografi singkat di bawah ini.

Dato’ Prof. Dr. Hassan Yaacob adalah seorang penyelidik perubatan dari Universiti Malaya. Beliau ialah pengasas jenama Healin™ dan Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd. Beliau adalah seorang pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Clinical Pharmacology, Royal of Surgeons of England, London. Beliau memulakan penyelidikan Gamat secara serius di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1990. Beliau telah ditaja oleh IRPA program (Intensive Research in Priority Area, Kementerian Sains & Teknologi dan Alam Sekitar , Malaysia).

 

Penyelidikannya ke atas keajaiban gamat dilanjutkan di University of Kyushu dan University of Toyamma Jepun pada tahun 1995-1996 dan berterusan sehingga sekarang. Sepanjang penyelidikan dan pembangunan gamat, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Emas MINDEX (Malaysian Invention and Discovery) pada tahun 1994 dan Hitachi Science Fellowship Research Award 1995 di Jepun. Setelah lebih dari 10 tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan gamat, beliau telah berjaya mengeluarkan produk berasaskan gamat secara komersial di bawah nama HEALIN™

Pada 20 Julai 2007, Prof Dr. Hassan Yaakob telah dianugerahkan gelaran daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang membawa gelaran Dato’. Beliau juga dipilih sebagai tokoh Maulidur Rasul pada tahun 2008. Pada tahun 2011, beliau diiktiraf sebagai penerima anugerah Industri Halal Malaysia dan syarikat House of Healin terpilih sebagai ‘Emerging Franchisor’ daripada PNB

Biodata:

Nama: Dato’ Dr. Prof Hassan Yaacob

Asal: Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan

Jawatan: Pengerusi Eksekutif Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd.

Anugerah: Tokoh Maulidur Rasul 2007, Anugerah Sains Hitachi 1995, Anugerah International Union of Pharmacology Award (Montreal) dan Anugerah Pingat Reka Cipta (1994)

Sumber : Majoriz.com

Tinggalkan Balasan